Thursday, 30 January 2014

Setiap Detik Yang Penuh Dosa

Bismillah..
                  Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua. Alhamdulilah dah selamat sampai rumah dekat Kedah so i'm gonna spend my holidays here. iada apa yang bernilai selain menghabiskan masa yang ada untuk mereka. Tambah nanti makin lama makin sibuk.. takut tak sempat.
                 Kadang-kadang, aku sendiri tak pasti apa yang tengah aku lakukan. Tak kira sebelum ini, sekarang atau selepas ini? Seolah-olah setiap langkah aku tidak selamat dan kadang2 aku rasa selamat dan penuh keyakinan. Bagi aku semua manusia dalam hidup sentiada diberikan pelung untuk berubah. Sama ada hendak atau tak sahaja. Aku telah merebut peluang tu dahulu. Cuma apa yang membuat aku terfikir adalah berbaloi atau sia2kah peluang yang aku ambil ini. 

             Apa yang aku tahu, kita tak terlepas dari membuat dosa. Sama seperti aku, aku tak terlepas dari membuat silap. APA yang aku harapkan adalah.... Tuhan akan sentiasa selamatkan aku dari melakukannya. Aku tahu tanpa sebarang kesilapan dalam hidup kita tidak akan membesar dari kematangan kita. Setiap masalah atau dosa lampau telah mematangkan aku.. aku berharap aku tak akan ulangi kisah lampau aku. Biarlah ia menjadi sejarah. Apa yang pnting adalah siapa aku sekarang :)

No comments:

Post a Comment