Saturday 10 May 2014

The Student's Life Story 2014



15/01/2014

Hari yang paling bermakna buat aku. Pagi itu aku masih ingat lagi bertapa semangatnya aku bangun awal pagi dan bersiap untu hari pertama pendaftaran kolej! Sempat aku ber-selfie dan masukan kedalam Facebook update budak baru nak masuk kolej! :) So, tinggalkan kejap ruangan itu, kita sambung waktu first aku jejak kaki ke bangunan itu. Nervous jangan ditanya lah, ramainya intake pada waktu tu! Kakak aku dengan Lieya sibuk cari parking so terpaksa aku cari tempat pendaftaran.

 Being bodoh sombong bukan aku! Aku tanya habis semua orang even aku sedar diaorang tengah busy tengok persembahan dari pelajar India menarik. Mang smart arkk! Even aku turut terpegun. So, lepas dapat kakak aku, kami terus cari block yang dicakapkan oleh bahagian admin tadi. Berbanding tadi, sini lagi ramai orangnya , so aku ternampak sorang budak ni (kenal Balqies) then aku pun tegurlah 
 "Dik, ni tempat pendaftaran ke?" tanyaku meminta kepastian.
"Ya, naik atas" balasnya ringkas dengan senyuman. Mujur tak sesombong budak-budak lain! 


Sepantas kilat aku naik sebab aku pun sudah terlambat gamaknya, sesak dengan pelajar yang berpusu-pusu kearah satu bilik yang disediakan khas untuk pendaftaran. Disitu juga aku terserempak dengan En.S yang uruskan urusan aku dulu. Sempat lagi bersapa walaupun tak lama sekurang-kurangnya aku perlu berterima kasih pada dia! Aku pun teruskan dengan sesi pendaftaran. Selepas selesai, waris dan pelajar dipisahkan dengan ruangan bilik yang asing untuk sesi pendedahan. Sewaktu aku melangkah masuk bilik itu, aku tengok budak-budak lain muka stress je. Tak tau sama ada rela atau tak ni? Aku mang la ramah, tapi kalau tak kena gaya masak hangit aku dibuatnya! Tanpa buang masa aku terus melangkah kearah dua orang insan yang sedang sibuk tersengeh lebar, dalam hati aku tau aku tak salah pilih. Dan itulah  pertama kali aku berkenalan dengan Laiyinah dan Nabilah. Tak kering gusi sejak diawal perkenalan kami.  Perbualan kami disampuk dengan kehadiran Jie yang bagi aku dia juga ramah! Permulaan hanya kami 3 orang sahaja, aku pun ligatlah beramah mesra, sebab aku memang terlebih peramah!

Apabila tiba dikawasan Mentari Court, disitulah segalanya bermula. Kisah kami dicorakkan dibangunan itu. Bangunan yang menyimpan suka duka kami. Aku dilantik sebagai ketua rumah dan anak-anak buah aku ada yang tua dri aku. Segan tu mestilah. First aku datang aku tak sempat berkenalan dengan semua sebab kakak aku kalut dan masing-masing keletihan. Apabila minggu pembelajaran bermula baru aku sempat berkenalan dengan mereka semua.  First, Maisarah.. permulaan nampak dia sorang yang lemah lembut sebab dia memiliki wajah yang cute! Comel, dia mudah mengalirkan airmata, tetapi dia juga seorang yang tegas! Aku suka cara dia hehe, bawa hal sendiri dan ikut kepala sendiri. Kawan baik (partner) dia, Fatin Nazirah, diawal perkenalan memang nampak diorang ni macam garang tapi lepas kenal... sakit perut.. dia mang penyayang, lemah lembut dan mudah jatuh kasihan pada orang. Bgai aku Fatin ni, ada kelebihan dia sendiri. Then, Shafika (kechik) dah sebati namakechik tu dengan dia. Gila-gila, cakap lepas dan memang seorang yang lawak. Partner dia Balqies yang bagi aku dia ni ikut hal dia sendiri. Aku suka orang macam ni sebenarnya hahah. Then my favrot Bro, Fiqa... first aku tak rapat dengan dia tapi sebenarnya ada yang tertarik sal dia yang buat aku suka even dia suka cakap lepas sebenarnya dia tahu hormat hal orang lain.. tau hormat aku jugak walau kadang2 tersasar jalan tapi mulut dia sentiasa ada kata maaf.. degil tu memang dah.. :P Shima.. smpai skrg aku tak berapa tahu dia jenis macam mana.. hmm... tapi apa yang aku tahu.. dia independent! akan bertegas untuk hak dia.. jika dia tak salah.. dia tak salah la... mcm tu lahh :P  Jie, periang dan bagi aku.. dia tu perlukan banyak perhatian dari kami.. dia pelawak.. suka kacau mental orang jugak.. rapat dengan aku.. then the mummys!! Lai dengan Nab... dua insan yang bagi aku amat penting dalam rumah tu.. penting untuk aku.. aku dengan depa macam kenai lama dah.. aku sayang depa semua.. tapi Lai dengan Nab aku suka sebab kata2 diorang banyak mengajar aku :) menjadi lebih sabar :)
 

Aku baru habis exam sebenarnya. Kalau nak cerita budak dalam kelas mang banyak yang mencuit hati. LEA 5 mang the best class of the years! Ni nak masuk Sem2.. aku pun tunggu result je ni.. Menjadis student mang best, mang ada pressure tapi.. itulah cabaran!  Tak lupa aku pada 3 orang insan yang banyak ubah hidup aku jugak. . The  3+ 1 3 lelaki  1 perempuan. Aku lah perempuan gila tu,  :P Kumpulan ni ada Hasif Farhan dan Firteri (bobo) sokong aku bila aku ada masalah dan tak pernah demand! Dan, sebenarnya, aku pun tengah menyeksa perasaan aku terhadap seseorang :( Aku tengah berlawan dengan perasaan sendiri.. dan aku tak akan luah, sebab aku tahu kalau aku luah aku kehilangan dia selamanya :(  Panjang Lebar lagi aku nak coret :) tapi adik aku si tapai ni nak main game pulak! Hmm.. bagilah kejap  kesian :P








Thursday 30 January 2014

Setiap Detik Yang Penuh Dosa

Bismillah..
                  Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua. Alhamdulilah dah selamat sampai rumah dekat Kedah so i'm gonna spend my holidays here. iada apa yang bernilai selain menghabiskan masa yang ada untuk mereka. Tambah nanti makin lama makin sibuk.. takut tak sempat.
                 Kadang-kadang, aku sendiri tak pasti apa yang tengah aku lakukan. Tak kira sebelum ini, sekarang atau selepas ini? Seolah-olah setiap langkah aku tidak selamat dan kadang2 aku rasa selamat dan penuh keyakinan. Bagi aku semua manusia dalam hidup sentiada diberikan pelung untuk berubah. Sama ada hendak atau tak sahaja. Aku telah merebut peluang tu dahulu. Cuma apa yang membuat aku terfikir adalah berbaloi atau sia2kah peluang yang aku ambil ini. 

             Apa yang aku tahu, kita tak terlepas dari membuat dosa. Sama seperti aku, aku tak terlepas dari membuat silap. APA yang aku harapkan adalah.... Tuhan akan sentiasa selamatkan aku dari melakukannya. Aku tahu tanpa sebarang kesilapan dalam hidup kita tidak akan membesar dari kematangan kita. Setiap masalah atau dosa lampau telah mematangkan aku.. aku berharap aku tak akan ulangi kisah lampau aku. Biarlah ia menjadi sejarah. Apa yang pnting adalah siapa aku sekarang :)

Thursday 9 January 2014

---Lucky-Lavender---


       Bismillah,
Assalamualaikum… sebagai pembuka bicara..
       Alhamdulilah, untuk hari ini aku masih diberikan keizinan olehNYA untuk terus bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Today, nothing specia to update. Biasalah, aku hanya mengikut rutin harian dan tidak ada apa-apa untuk diceritakan seperti orang lain. Cuma hari ni aku ajar orang berenang. Alhamdulilah dalam 1 hari selama 2jam akhirnya kawan kakak aku, merangkap seperti kakak kandung aku sendiri tu dah pandai berenang. Segala kuak lentang, kupu-kupu, kura-kura, tenggelam timbul semua boleh buat. Kali ni ‘eksen’ sikit la…

Kakak kepada kawan kakak aku yang merangkap kakak angkat aku tu nak jugak belajar berenang tapi preggy.. risau jugak nak ajar lebih-lebih walaupun berenang tu bagus untuk orang preggy. Swimming totally is my hobby, kalau ditakdirkan rumah aku ada kolam, hari-hari aku terjun berenang. Silap2 aku dah jadi duyung! Yelah, dah hari2 nak berenang. Bukan apa.. aku dengan air ni dah macam adik beradik dah (hahaha) pantang bersua nak aje aku terjun!

Its not that only I wanna talk about for today. Sebenarnya aku ada terfikir, apa dah jadi pada manusia zaman sekarangkan? Bukan apa, kemarin aku dengan kak angkat aku pergi ambil barang pakai Myvi dia. Barang tu kat rumah kawan dia, so kita orang ni kurang arif sangatla selok belok rumah tu. So, seperti insan lain tanpa sikap bodoh sombong dan segan silu kami pun tanyalah pada orang sekeliling flat tu. Mengejutkan betul, first dia tanya dulu..
“Err, tumpang tanya…” sambil lambai-lambai tangan. Lelaki remaja tu lalu sebelah aje dengan kereta kami. Boleh pulak dia pandang jelling lepas tu abaikan kitaorang. Wahh! Sentap kot! Then she say now is my turn. Aku pn dengan senyuman habis ikhlas aku turunkan cermin kereta. Nampak sorang uncle ni tengah start moto dia yang susah sangat nak start gayanya…
“Uncle..unlce.. tumpang tanya…” boleh pulak dia pandang aku semacam lepas tu buat tak tau dekat aku. Aku sabar lah aku tunggu dia start moto dulu. Tak sangka pulak dia terus blah.. tak apalah maybe dia nak cepat…
“Err..bang tumpang tanya…” cek abang tu boleh aje buat tak tau kat aku.. ada la sorang makcik indon ni Nampak adengan2 yang kurang syok tu. Dia pun datang dekat dengan kereta kita orang. Akhirnya dialah yang bagi jalan nak ke rumah kawan kak aku tu. Dia cakap tak apalah.. orang sini susah sikit nak menolong. Erat tangan.. sindir dia. Aku pun senyum2 jelah. Malas nak komen lebih Cuma aku cakap.. pelik dengan orang sini kenapalah nak sombong sangat.. bukannya nak mencuri.. tanya jalan…
Lepas 5 minit kitaorang beredar tu.. tiba-tiba Tuhan nak uji makcik indon tu… ada peragut naik moto  ex5 datang laju terus ragut beg tangan makcik tu.. terjerit-jerit makcik tu minta tolong. Aku dengan kak aku pun cepat2 la pandu kereta dekat dengan dia. Patah balik tengok apa jadi.. dia cerita balik dia kena ragut.. aku tak sempat la nak kejar sebab dah hilang jauh. Tapi yang mengejutkan aku.. kat flat tu ramai orang dekat bawah. Bukan sorang dua, yang naik motosikal Nampak kejadian tu pun buat tak tahu aje… yang makcik2 kita yang sibuk bersembang bawah tu pun ada. Kot la nak datang tengok keadaan makcik ni, boleh pulak diorang semua buat tak tahu. Ter tengok tengok adalah, yang dating cara dating.. yang dating tulah kedudukan paling dekat dengan makcik tu.. tak silap aku dia boleh aja datang tolong masa makcik ni bergelut! Yang perempuan tu harap aja pakai tundung.. buat malu..! aku sebenarnya marah sangat, kenapalah sikap diorang macam ni. Yang tolong pun kak angkat aku, aku dengan sorang laki tu aje yang gental datang tolong kejar, tak dapat pun tapi no.plat dapat.

Even that guy pun terkejut kenapa dengan orang flat ni..? nak kata makcik ni warga  Indonesia, that why u don’t want to help her? Stop that nonsense! We are Malaysia, show some manners, malulah, lantaklah orang nak cakap apa susah sangat nak ringankan tangan untuk menolong. Yang makcik2 tu lebih pentingkan gossip, yang dating pentingkan dating. Yang lelaki du katas moto u lebih pentingkan handphone. Allah.. itu yang mampu keluar dari bibir aku kemarin. Nothing else. Makcik tu pun Islam, salahkah nak tolong sesame saudara? Hairan betul.. kesian makcik tu ada RM20 aje dlm beg tu dengan telefon, kunci rumah. Nasib baik RM 20.. itu pun duit yang dia bawak nak pergi beli makan.
But its okay, sekarang lepas buat report kita berserah sahaja. Sebenarnya kejadian ni banyak bagi aku pengajaran didepan mata. Dari sini aku dah dapat rasa kasih sayang Allah.. bertapa Allah sayangkan hambaNya.. Allah nak aku tengok sikap manusia sekarang dan pelajari dari setiap sesuatu kejadian supaya nanti bila aku dah besar matang aku tak bersikap macam gini.. Allah nak aku tengok dan lihat dunia sekarang dah hampir tiba masanya untuk penghabisan. Kita dimuka buminya seolah berada dalam lakonan dunia.. kita hanya pelakonnya.. director nya adalah Allah SWT.. kerana Dia yang menentukan segalanya… yang ada dibumi mahupun dilangit..

Sebenarnya setiap apa pun yang terjadi disekeliling kita cuba kita ambil dan pelajarinya. Memahaminya… kalau kita betul2 faham akannya maka kita tahu dari setiap perjalanan kita.. kita hanya akan hampir kepada Allah…

Sehingga dapat berjumpa lagi dalam coretan seterusnya, saya dah mengantuk, esok ada meeting. Dah nak dekat pukul 3pagi dah..

Assalamualaikum, selamat tidur semua..
7-1-2014    (Rabu)
2.40pagi,

Lucky   Lavender-

Monday 30 December 2013

Rezeki!!!!




           Bismillah.. Asalamualaikum..
 
 Pertama sekali alhamdulilah.. tadi dapat call dari Encik.S... akhirnya urusan aku untuk sambung belajar selesai jugak. Maksudnya pendaftaran aku dari jarak jauh selesai jugak esok surat sampai. Lega... sekejap ajer lepas ni nak uruskan tiket kapal terbang balik Kedah (boleh aja nak bas, kak aku tak bagi dia bayar lega la) hehehe ) Balik Kedah nak urus bantuan Zakat...

      Lega akhirnya dapat jugak pujuk family, umur 20 baru dapat rezeki kira kesabaran aku akhirnya berbaloi juga.. Alhamdulilah... lepas ni study Diploma Penguatkuasaan Undang-undang (Perundangan)  doakan agar aku boleh berjaya dalam hidup.. tiba masanya aku nak bahagiakan mama dengan abah...!!!

The New me 2014

Assalamualaikum bagi umat Islam seluruh dunia

        First of all, dah lama aku tak update blog! Terlalu lama aku tak update sehinggakan aku lupa apa email aku and password aku. Waktu aku buat blog ni, of course time tu aku budak lagi okay! Time tu aku 15 tahun, sekarang aku dah nak masuk 20 tahun (2014) dah masuk alam kolej dah pun!Yang aku tergerak hati nak 'cari' balik blog aku sangat-sangat ni sebab aku rasa macam nak cari balik diri aku. Walaupun tak banyak yang aku tulis dulu, tapi sedikit sebanyak ia mampu buat aku ingat pada budak 15 tahun tu... 
        
        Rupanya semakin besar kita, semakin banyak dugaan yang mematangkan fikiran kita. Hal keluarga, kawan2 , rakan kerja , persekitaran kita. Apa yang aku buat dekat sini? Aku pun tak tahu, maybe dah lama aku tak menaip and post? baru 2tahun habis sekolah dah macam2 jadi dekat aku, insya-allah aku tak merungut. For information, dari Kedah aku pindah KL.. duk dengan kakak aku selama 3 bulan masuk bulan ni. Dah macam tentera aku dibuatnya, tapi syukur la, itu yang aku nak. Aku pindah sini bersebab, macam2 yang buat aku terpaksa lari sini! Harapan agar masalah selesai, but the word were truth.. jangan pernah lari dari masalah. Sebelum ni, banyak yang nak jatuhkan aku. Macam-macam aku kena, sampai aku mengalah lari tinggal semua masalah. Harapan nak lupakan apa yang terjadi, 

         Lepas SPM , alhamdulilah lulus semua dari situ la titik kisah aku bermula. tapi aku tak nak ingatkan. Kalau pasal kawan, jangan cakap la. Aku sayang semua kawan2 aku terutama F. Tapi siapa sangka F adalah orang yang hancurkan kepercayaan aku, perasaan aku, dia sanggup perburukan aku.. 

        Apa yang terjadi sekitar 2012 dan 2013 adalah titik hitam bagi aku. Alhamdulilah perlahan-lahan aku bangkit sekali lagi, selama 3 bulan aku boleh hidup tanpa sebarang gangguan lagi. Dia yang pernah menghancurkan perasaan aku, gangu mental aku, sekarang dah tak ada. Aku seolah bebas! Apa yang perlu aku buat adalah move forward! Aku ada niat nak cucikan nama aku balik,, tak guna.. biarlah aku buruk dimata manusia jangan dimata Allah aku hina... 

        Lepas seminggu sampai KL aku terus kerja dekat Reno Hotel, Cheras dekat dengan rumah kakak aku.. so setiap minggu kerja 6 hari cuti sehari... kerja pukul 3 smpai 11... so p keje balik keje... tu la keje aku cuti duk rumah.. bila Madam Bella( kakak aku) ajak keluar baru keluar.. itu pun tak selalu.. 3 bulan duk sini.. tak merasa sangat hahah.. tapi syukur aku dijaga baik oleh kakak aku. 

      Alamdulilah, still ingat cerita kawan baik aku arwah Saiful Bahri yang meninggal sebelum sempat aku cakap dekat dy  yang aku sayang dia tu? Aku still ingatkan dia.. selepas kematian dia.. 3 tahun lepas tu aku cuba cari penganti dia.. tapi tak lama., aku tak boleh teruskan.. aku selesa sendirian.. sampai sekrang hati aku tertutup. Tak siapa yang mampu buat aku rasa macam mana dia buat. Semua yang aku kenal semua nak ambil kesempatan, aku tak suka! Tak ada ka yang ikhlas menyayangi dan menerima? Sebab tu aku lebih rela single... cukup 6 tahu aku single. Jujur aku cakap, aku bahaia macam ni!

     Aku dah tak nak fikir tentang semua tu, ada jodoh ada... cuma berdoa iu yang penting. Hati aku seolah sedang berdenyut sakit memikirkan tentang love. Susah nak cari orang yang ikhlas, tambah orang yang betul2 setia...  biar masa menentukan. 

 Inilah aku , Lucky Lavender for 2013, jumpa tahun depan :)
 Dia yang mengerah peluh siang dan malam tanpa kenal erti letih, apa yang dia buat adalah terbaik untuk anak2.. dulu mungkin tak faham... setelah bersama dia siang dan malam... baru tahu pengorbanan abah... besar.. ternyata mama dan abah banyak berkorban demi anak anak.. :'(

 Abah ku macho habiss
 hero aku... :P
 Queen and her princess
 My true best friend, susah senang dia ada dengan aku.. kwn dri 5 tahun.. :)
My dad and me,
 POYOOSSS
 My sis (kwn kakak)
Di tempat kerja, Reno Hotel Receptionis

Saturday 28 January 2012

Wish You Were Here

Setiap hari, aku cuba berharap kepada sesuatu yang aku sendiri tak pasti. Berharap kau ada disini dengan aku, menjalani kehidupan seperti biasa kita lalui bersama, ketawa dan gembira bersama-sama. Namun aku sedar dan aku tahu bahawa sekarang aku akan lalui semua itu sendirian. Tanpa engkau disisi, tanpa kau disini. Salahkah aku mencintaimu walau ku tahu ku tak memiliki mu.. Ego aku menghalang aku selamanya untunk memilikimu..
 Walaupun aku merintih merayu dan menangis, kau tetap disana bersama Yang Maha Esa. Biar ku tanam kisah kita didalam hati dan aku akan sematkannya didalam hati selamanya.....

Monday 2 January 2012

Everyday I'll Still Have You

I wish that I can still have you
Even that I know that you won't be here
I wish I can stop the time
And spend all my day that time with you
Even I know it won't happen
I always dream that maybe you are here right now with me
And I not alone anymore..
I have you and still have you

I wish that I could turn the time
Stop that day
and say the word!
To let you know that
"I love you all this time"
Maybe you were here with me now?

Its too little too late
Too little too wrong
And I want you to wait
To be true
that I love you anyway

The day you go
Far from me
I cry all day night long..
There is no more sun in my life
There is no love in my heart
I just wanna let you know
There is no one who love me just like you..
there is no guy that can make me happy as you do
importance is, nobody can be with me after you

I know is wasting my time
Even all my friends be with the one who love them
I know that
Everday I'll still have you
And I pray May Allah Bless you and you will always have my pray..
Where ever you are...
You are in Heaven and still in my heart


                                                                                   P/S: The one who got away
-Fiza-