Bismillah..
Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua. Alhamdulilah dah selamat sampai rumah dekat Kedah so i'm gonna spend my holidays here. iada apa yang bernilai selain menghabiskan masa yang ada untuk mereka. Tambah nanti makin lama makin sibuk.. takut tak sempat.
Kadang-kadang, aku sendiri tak pasti apa yang tengah aku lakukan. Tak kira sebelum ini, sekarang atau selepas ini? Seolah-olah setiap langkah aku tidak selamat dan kadang2 aku rasa selamat dan penuh keyakinan. Bagi aku semua manusia dalam hidup sentiada diberikan pelung untuk berubah. Sama ada hendak atau tak sahaja. Aku telah merebut peluang tu dahulu. Cuma apa yang membuat aku terfikir adalah berbaloi atau sia2kah peluang yang aku ambil ini.
Apa yang aku tahu, kita tak terlepas dari membuat dosa. Sama seperti aku, aku tak terlepas dari membuat silap. APA yang aku harapkan adalah.... Tuhan akan sentiasa selamatkan aku dari melakukannya. Aku tahu tanpa sebarang kesilapan dalam hidup kita tidak akan membesar dari kematangan kita. Setiap masalah atau dosa lampau telah mematangkan aku.. aku berharap aku tak akan ulangi kisah lampau aku. Biarlah ia menjadi sejarah. Apa yang pnting adalah siapa aku sekarang :)
Thursday, 30 January 2014
Thursday, 9 January 2014
---Lucky-Lavender---
Bismillah,
Assalamualaikum…
sebagai pembuka bicara..
Alhamdulilah, untuk hari ini aku masih
diberikan keizinan olehNYA untuk terus bernafas dan hidup dimuka bumi ini.
Today, nothing specia to update. Biasalah, aku hanya mengikut rutin harian dan
tidak ada apa-apa untuk diceritakan seperti orang lain. Cuma hari ni aku ajar
orang berenang. Alhamdulilah dalam 1 hari selama 2jam akhirnya kawan kakak aku,
merangkap seperti kakak kandung aku sendiri tu dah pandai berenang. Segala kuak
lentang, kupu-kupu, kura-kura, tenggelam timbul semua boleh buat. Kali ni
‘eksen’ sikit la…
Kakak kepada kawan
kakak aku yang merangkap kakak angkat aku tu nak jugak belajar berenang tapi
preggy.. risau jugak nak ajar lebih-lebih walaupun berenang tu bagus untuk
orang preggy. Swimming totally is my hobby, kalau ditakdirkan rumah aku ada
kolam, hari-hari aku terjun berenang. Silap2 aku dah jadi duyung! Yelah, dah
hari2 nak berenang. Bukan apa.. aku dengan air ni dah macam adik beradik dah
(hahaha) pantang bersua nak aje aku terjun!
Its not that only I
wanna talk about for today. Sebenarnya aku ada terfikir, apa dah jadi pada
manusia zaman sekarangkan? Bukan apa, kemarin aku dengan kak angkat aku pergi
ambil barang pakai Myvi dia. Barang tu kat rumah kawan dia, so kita orang ni
kurang arif sangatla selok belok rumah tu. So, seperti insan lain tanpa sikap
bodoh sombong dan segan silu kami pun tanyalah pada orang sekeliling flat tu.
Mengejutkan betul, first dia tanya dulu..
“Err, tumpang
tanya…” sambil lambai-lambai tangan. Lelaki remaja tu lalu sebelah aje dengan
kereta kami. Boleh pulak dia pandang jelling lepas tu abaikan kitaorang. Wahh!
Sentap kot! Then she say now is my turn. Aku pn dengan senyuman habis ikhlas
aku turunkan cermin kereta. Nampak sorang uncle ni tengah start moto dia yang
susah sangat nak start gayanya…
“Uncle..unlce..
tumpang tanya…” boleh pulak dia pandang aku semacam lepas tu buat tak tau dekat
aku. Aku sabar lah aku tunggu dia start moto dulu. Tak sangka pulak dia terus
blah.. tak apalah maybe dia nak cepat…
“Err..bang tumpang
tanya…” cek abang tu boleh aje buat tak tau kat aku.. ada la sorang makcik
indon ni Nampak adengan2 yang kurang syok tu. Dia pun datang dekat dengan
kereta kita orang. Akhirnya dialah yang bagi jalan nak ke rumah kawan kak aku
tu. Dia cakap tak apalah.. orang sini susah sikit nak menolong. Erat tangan..
sindir dia. Aku pun senyum2 jelah. Malas nak komen lebih Cuma aku cakap.. pelik
dengan orang sini kenapalah nak sombong sangat.. bukannya nak mencuri.. tanya
jalan…
Lepas 5 minit
kitaorang beredar tu.. tiba-tiba Tuhan nak uji makcik indon tu… ada peragut
naik moto ex5 datang laju terus ragut
beg tangan makcik tu.. terjerit-jerit makcik tu minta tolong. Aku dengan kak
aku pun cepat2 la pandu kereta dekat dengan dia. Patah balik tengok apa jadi..
dia cerita balik dia kena ragut.. aku tak sempat la nak kejar sebab dah hilang
jauh. Tapi yang mengejutkan aku.. kat flat tu ramai orang dekat bawah. Bukan
sorang dua, yang naik motosikal Nampak kejadian tu pun buat tak tahu aje… yang
makcik2 kita yang sibuk bersembang bawah tu pun ada. Kot la nak datang tengok
keadaan makcik ni, boleh pulak diorang semua buat tak tahu. Ter tengok tengok
adalah, yang dating cara dating.. yang dating tulah kedudukan paling dekat
dengan makcik tu.. tak silap aku dia boleh aja datang tolong masa makcik ni
bergelut! Yang perempuan tu harap aja pakai tundung.. buat malu..! aku
sebenarnya marah sangat, kenapalah sikap diorang macam ni. Yang tolong pun kak
angkat aku, aku dengan sorang laki tu aje yang gental datang tolong kejar, tak
dapat pun tapi no.plat dapat.
Even that guy pun
terkejut kenapa dengan orang flat ni..? nak kata makcik ni warga Indonesia, that why u don’t want to help her?
Stop that nonsense! We are Malaysia, show some manners, malulah, lantaklah
orang nak cakap apa susah sangat nak ringankan tangan untuk menolong. Yang
makcik2 tu lebih pentingkan gossip, yang dating pentingkan dating. Yang lelaki
du katas moto u lebih pentingkan handphone. Allah.. itu yang mampu keluar dari
bibir aku kemarin. Nothing else. Makcik tu pun Islam, salahkah nak tolong
sesame saudara? Hairan betul.. kesian makcik tu ada RM20 aje dlm beg tu dengan
telefon, kunci rumah. Nasib baik RM 20.. itu pun duit yang dia bawak nak pergi
beli makan.
But its okay,
sekarang lepas buat report kita berserah sahaja. Sebenarnya kejadian ni banyak
bagi aku pengajaran didepan mata. Dari sini aku dah dapat rasa kasih sayang
Allah.. bertapa Allah sayangkan hambaNya.. Allah nak aku tengok sikap manusia
sekarang dan pelajari dari setiap sesuatu kejadian supaya nanti bila aku dah
besar matang aku tak bersikap macam gini.. Allah nak aku tengok dan lihat dunia
sekarang dah hampir tiba masanya untuk penghabisan. Kita dimuka buminya seolah
berada dalam lakonan dunia.. kita hanya pelakonnya.. director nya adalah Allah
SWT.. kerana Dia yang menentukan segalanya… yang ada dibumi mahupun dilangit..
Sebenarnya setiap
apa pun yang terjadi disekeliling kita cuba kita ambil dan pelajarinya.
Memahaminya… kalau kita betul2 faham akannya maka kita tahu dari setiap
perjalanan kita.. kita hanya akan hampir kepada Allah…
Sehingga dapat
berjumpa lagi dalam coretan seterusnya, saya dah mengantuk, esok ada meeting.
Dah nak dekat pukul 3pagi dah..
Assalamualaikum,
selamat tidur semua..
7-1-2014 (Rabu)
2.40pagi,
Lucky Lavender-
Subscribe to:
Posts (Atom)