Thursday, 9 January 2014

---Lucky-Lavender---


       Bismillah,
Assalamualaikum… sebagai pembuka bicara..
       Alhamdulilah, untuk hari ini aku masih diberikan keizinan olehNYA untuk terus bernafas dan hidup dimuka bumi ini. Today, nothing specia to update. Biasalah, aku hanya mengikut rutin harian dan tidak ada apa-apa untuk diceritakan seperti orang lain. Cuma hari ni aku ajar orang berenang. Alhamdulilah dalam 1 hari selama 2jam akhirnya kawan kakak aku, merangkap seperti kakak kandung aku sendiri tu dah pandai berenang. Segala kuak lentang, kupu-kupu, kura-kura, tenggelam timbul semua boleh buat. Kali ni ‘eksen’ sikit la…

Kakak kepada kawan kakak aku yang merangkap kakak angkat aku tu nak jugak belajar berenang tapi preggy.. risau jugak nak ajar lebih-lebih walaupun berenang tu bagus untuk orang preggy. Swimming totally is my hobby, kalau ditakdirkan rumah aku ada kolam, hari-hari aku terjun berenang. Silap2 aku dah jadi duyung! Yelah, dah hari2 nak berenang. Bukan apa.. aku dengan air ni dah macam adik beradik dah (hahaha) pantang bersua nak aje aku terjun!

Its not that only I wanna talk about for today. Sebenarnya aku ada terfikir, apa dah jadi pada manusia zaman sekarangkan? Bukan apa, kemarin aku dengan kak angkat aku pergi ambil barang pakai Myvi dia. Barang tu kat rumah kawan dia, so kita orang ni kurang arif sangatla selok belok rumah tu. So, seperti insan lain tanpa sikap bodoh sombong dan segan silu kami pun tanyalah pada orang sekeliling flat tu. Mengejutkan betul, first dia tanya dulu..
“Err, tumpang tanya…” sambil lambai-lambai tangan. Lelaki remaja tu lalu sebelah aje dengan kereta kami. Boleh pulak dia pandang jelling lepas tu abaikan kitaorang. Wahh! Sentap kot! Then she say now is my turn. Aku pn dengan senyuman habis ikhlas aku turunkan cermin kereta. Nampak sorang uncle ni tengah start moto dia yang susah sangat nak start gayanya…
“Uncle..unlce.. tumpang tanya…” boleh pulak dia pandang aku semacam lepas tu buat tak tau dekat aku. Aku sabar lah aku tunggu dia start moto dulu. Tak sangka pulak dia terus blah.. tak apalah maybe dia nak cepat…
“Err..bang tumpang tanya…” cek abang tu boleh aje buat tak tau kat aku.. ada la sorang makcik indon ni Nampak adengan2 yang kurang syok tu. Dia pun datang dekat dengan kereta kita orang. Akhirnya dialah yang bagi jalan nak ke rumah kawan kak aku tu. Dia cakap tak apalah.. orang sini susah sikit nak menolong. Erat tangan.. sindir dia. Aku pun senyum2 jelah. Malas nak komen lebih Cuma aku cakap.. pelik dengan orang sini kenapalah nak sombong sangat.. bukannya nak mencuri.. tanya jalan…
Lepas 5 minit kitaorang beredar tu.. tiba-tiba Tuhan nak uji makcik indon tu… ada peragut naik moto  ex5 datang laju terus ragut beg tangan makcik tu.. terjerit-jerit makcik tu minta tolong. Aku dengan kak aku pun cepat2 la pandu kereta dekat dengan dia. Patah balik tengok apa jadi.. dia cerita balik dia kena ragut.. aku tak sempat la nak kejar sebab dah hilang jauh. Tapi yang mengejutkan aku.. kat flat tu ramai orang dekat bawah. Bukan sorang dua, yang naik motosikal Nampak kejadian tu pun buat tak tahu aje… yang makcik2 kita yang sibuk bersembang bawah tu pun ada. Kot la nak datang tengok keadaan makcik ni, boleh pulak diorang semua buat tak tahu. Ter tengok tengok adalah, yang dating cara dating.. yang dating tulah kedudukan paling dekat dengan makcik tu.. tak silap aku dia boleh aja datang tolong masa makcik ni bergelut! Yang perempuan tu harap aja pakai tundung.. buat malu..! aku sebenarnya marah sangat, kenapalah sikap diorang macam ni. Yang tolong pun kak angkat aku, aku dengan sorang laki tu aje yang gental datang tolong kejar, tak dapat pun tapi no.plat dapat.

Even that guy pun terkejut kenapa dengan orang flat ni..? nak kata makcik ni warga  Indonesia, that why u don’t want to help her? Stop that nonsense! We are Malaysia, show some manners, malulah, lantaklah orang nak cakap apa susah sangat nak ringankan tangan untuk menolong. Yang makcik2 tu lebih pentingkan gossip, yang dating pentingkan dating. Yang lelaki du katas moto u lebih pentingkan handphone. Allah.. itu yang mampu keluar dari bibir aku kemarin. Nothing else. Makcik tu pun Islam, salahkah nak tolong sesame saudara? Hairan betul.. kesian makcik tu ada RM20 aje dlm beg tu dengan telefon, kunci rumah. Nasib baik RM 20.. itu pun duit yang dia bawak nak pergi beli makan.
But its okay, sekarang lepas buat report kita berserah sahaja. Sebenarnya kejadian ni banyak bagi aku pengajaran didepan mata. Dari sini aku dah dapat rasa kasih sayang Allah.. bertapa Allah sayangkan hambaNya.. Allah nak aku tengok sikap manusia sekarang dan pelajari dari setiap sesuatu kejadian supaya nanti bila aku dah besar matang aku tak bersikap macam gini.. Allah nak aku tengok dan lihat dunia sekarang dah hampir tiba masanya untuk penghabisan. Kita dimuka buminya seolah berada dalam lakonan dunia.. kita hanya pelakonnya.. director nya adalah Allah SWT.. kerana Dia yang menentukan segalanya… yang ada dibumi mahupun dilangit..

Sebenarnya setiap apa pun yang terjadi disekeliling kita cuba kita ambil dan pelajarinya. Memahaminya… kalau kita betul2 faham akannya maka kita tahu dari setiap perjalanan kita.. kita hanya akan hampir kepada Allah…

Sehingga dapat berjumpa lagi dalam coretan seterusnya, saya dah mengantuk, esok ada meeting. Dah nak dekat pukul 3pagi dah..

Assalamualaikum, selamat tidur semua..
7-1-2014    (Rabu)
2.40pagi,

Lucky   Lavender-

No comments:

Post a Comment